Alhamdulillah, akhirnya Nisa Malaysia telah berjaya mengadakan karnival sukan indoor games yang julung kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 25April 2009 bersamaan hari Sabtu. Hmm…Bukan senang nak anjurkan program besar-besaran ni. Byk sekali pengorbanan yang terpaksa dicurahkan hatta masa saki-baki dan penat-lelah serta wang saku turut menjadi taruhan. Yelah, duit nak ke sana-sini, korbankan masa rehat yang berbaki (kalau ada), mesyuarat sana-sini dan macam-macam lagi. Tapi, ukhti2 Nisa’ ni bukan calang-calang orangnya. Semuanya boleh diumpamakan alah sengal tegal biasa. Walau penat sekalipun tapi demi memenuhi tuntutan dakwah, ramai yang ikhlas tampil memberikan sokongan padu demi menjayakan program riadah bermisi dakwah ni.
Apa ada pada Nisa Indoor Games ? Tentu ramai yang tertanya2 apa jenis sukan indoor games nikan.. Mulanya saya sendiri pun tidak pasti akan jenis permainan dan objektif program ni. Tapi setelah saya sendiri terlibat secara langsung pada penganjuran Nisa’ Shah Alam Indoor Games yang lalu, saya menjadi lebih teruja dan yakin bahawa program ini ialah program yang memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat. Berikut permainan2 yang dipertandingkan pada hari tersebut;
1) Batu Seremban
2) Congkak
3) Ceper (Tutup botol lahhh… Dulu masa kecik2, ana panggil tudung botol)
4) Snake and Ladder
5) Dam aji
6) Chess
7) Karom
Ada gak bukan permainan tradisi kita tapi ..peduli apa. Asalkan permainan tu mendatangkan kebaikan so apa salahnya kita masukkan dalam carta permainan. Betul tak? Apapun, ana lebih berminat nak sentuh permainan tradisi kita orang Melayu. Siapa masih ingat tentang permainan congkak, seremban dan ceper (tudung botol) ? Kalau diajukan pertanyaan remaja sekarang ni, mungkin ramai yg kurang mengingati atau mungkin ada yang tak pernah dengar pun. Jadi tak hairanlah kalau ada yang tak tau akan kehebatan permainan ni dan bagaimana ia dapat memberi kesan positif dlm diri seseorg. Apa tidaknya, sukan tradisional yang sudah kurang popularitinya di kalangan masyarakat kini sebenarnya adalah permainan berkumpulan dan sebut saja tentang permainan berkumpulan maka tentu saja perkataan keramat ‘kerjasama’ menjadi tulang belakang setiap pergerakan. Kalah menang menentukan kebijaksanaan seseorang untukk bersabar, berlapang dada, cekap dan mahir serta membuka minda
Bagi saya, pemikiran orang melayu dahulu memang hebat. Tanpa kehidupan teknologi canggih, mereka berjaya mencipta suatu permainan tradisional yang bukan sahaja menguji minda dan kemahiran seseorang bahkan memberi peluang utk merapatkan silaturrahim di antara pemain samada ahli keluarga atau rakan taulan yang bermain daripada masa terbuang dengan hanya berborak atau mengumpat…Hiiiiihiii. Lagi satu… permainan ni kosnya murah gilersss. Semua orang mampu bermain dan tak kira golongan lelaki atau perempuan, mak atau ayah, atuk atau nenek, kakak, abang dan adik juga boleh berkongsi permainan ini. Sebut saja bermain, tentu saja ianya menghiburkan. Jadi, apa lagi.. jom sahut program Nisa indoor games ni di rumah anda sendiri. Hidupkan semula permainan tradisi kita dan rapatkan kembali kemesraan keluarga melalui aktiviti bersama seperti sukan indoor games ini!
Kepada sahabat2 Nisa’ Indoor games yang terlibat, ana ucapkan syabaaasss dan tabik spring!!! Moga Allah memberkati anda semua dunia akhirat. Amiiiin.
Little FZ
No comments:
Post a Comment