Sejak menuntut di bumi Syam al-barakah ini, saya sering-kali tidak berkesempatan untuk menulis apa-apa coretan dek kerana kesibukan yang 'biasa-biasa' sahaja. Namun, perasaan rindu untuk menulis di dalam blog ini tetap masih membara kerana menulis adalah salah satu minat utama dan bahkan ianya adalah medium untuk saya meluahkan rasa, pendapat dan perkongsian maklumat.
Nisfu Syaaban
Nisfu syaaban telah meninggalkan kita. Namun, ini tidak bermakna kita terlambat untuk mengejar kebaikan baki hari yang ada. Countdown Ramadhan perlu terus dilakukan agar apabila kita memasuki kem madrasah Ramadhan, kita telah bersedia dari segi spiritual, mental dan jasmani.
Sedikit perkongsian tentang Nisfu Syaaban dan amalan yang boleh diteruskan ke bulan Ramadhan nanti;
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swt mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”
Petikan dari buku Duratun Nasihin tulisan Usman AlKhaibawi.
Berikut amalan-amalan biasa kita dengar namun kita boleh jadikannya 'luar biasa' dan gandakan usaha dan kreativiti kita agar amalan kita lebih baik dari yang tahun-tahun dahulu. ;)

1. Bertahajjud
2. Membaca Al Quran
3. Berzikir
4. Memberi sedekah
5. Menambah pengetahuan dan penghayatan kita dengan Quran
dan sebagainya
No comments:
Post a Comment