Sunday, January 01, 2012

Tahun Baru 2012 Masihi - Sambutan & kesannya...


 Hari ini bermula hari 1.1.2012 dan bertambahlah angka setahun yang menjadi lumrah alam. Seperti biasa, asal tahun baru je mesti ada sambutan. Tak kiralah sambutan kecil-kecilan ke besar-besaran ke semuanya tidak pernah disebut sebagai perayaan wajib bagi agama kita. Namun, kita harus akur bahawa tahun masihi dijadikan tarikh utama di dalam kalendar masyarakat antarabangsa. Hakikatnya, pada setiap tahun menjelang hendak masuk tahun baru masihi, berbagai acara sambutan secara besar-besaran diadakan oleh orang masyarakat 1 malaysia bagi meraikan dan membesarkan hari tersebut.


Sebenarnya menyambut awal tahun baru masihi bukanlah budaya orang-orang Islam, dan ia bukanlah salah satu dari hari-hari kebesaran Islam sebagaimana orang-orang Islam menyambut awal tahun hijrah, Hari Maulidur Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam, Isra' dan Mi'raj, puasa Ramadhan, Nuzul Al-Qur'an, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.


Dr.Yusof al-Qaradawi adalah antara ulama terawal yang mengkritik persiapan dan persediaan yang dilakukan oleh sesetengah negara Arab dan negara Islam bagi menyambut perayaan Tahun Baru Masihi. Beliau menyifatkan perayaan ini mengakibatkan terhakisnya identiti dan jati diri umat Islam dan mengharamkan hukum menyambutnya di sisi syara’. 


Kenyataan tegas beliau memang berasas kerana sedar atau tidak perayaan itu menyelinap masuk ke dalam masyarakat Islam samada secara mereka sedar atau tidak dan jika orang Islam kurang pengetahuan agama dan leka dengan penyelinapan ini, maka sudah tentunya ia akan menjadikan satu budaya yang diamalkan oleh umat Islam sampai bila-bila. Malahan jika perkara ini dilepas pandang, ia akan semakin berakhir umbi dalam masyarakat Islam.
Rasulullah SAW memberi amaran kepada kita supaya tidak terperangkap dalam jerangkap samar Yahudi dan Nasrani seperti yang disabdakan oleh baginda yang mulia:

عن أبي سعيد الخدري قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لتتبعن سنن الذين من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتى لو دخلوا في حجر ضب لاتبعتموهم ، قلنا : يا رسول الله ، اليهود والنصارى؟ قال : فمن؟   

Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)


Pelbagai acara dihidangkan untuk memeriahkan kedatangan tahun baru seperti malam tadi di ICT, Shah Alam (banyak lagi sebenarnya…huhuhu). Pada malam 1 Januari, kita boleh melihat pesta makan minum, diiringi dengan nyanyian, tarian dan lain-lain acara sementara menanti acara kemuncak mengira berakhirnya detik tahun 2011 dan bermula tahun baru 2012. Pernahkah sekali di antara kita tidak melihat kesan negatif berlaku selepas acara tersebut, antaranya percampuran di antara lelaki dan perempuan, hiburan yang dilarang oleh Islam dan yang tidak bersesuaian dengan akhlak Islam.

Pendapat lain yang membenarkan TAPI..

Ustaz Dr. Zaharuddin menyatakan hukum menyambut tahun baru masihi adalah HARUS secara bersyarat, iaitu;


1.        Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan.
2.       Tiada sebarang percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang mendekatkan dengan pintu maksiat
3.       Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam.
4.       Kandungan majlis sambutan mestilah berlandaskan syara’ seperi menganjurkan majlis ilmu.


Memandangkan perayaan ini telah disambut sekian lamanya walaupun selepas negara kita merdeka dari sebuah jajahan mat saleh tapi pemikiran rakyatnya belum mampu dimerdekakan sepenuhnya. Justeru, sambutan perlu juga dijalankan juga dengan SYARAT niat dan tindakan harus dibetulkan kembali kepada Islam. Moga yang kurang kesedaran mahupun jahil bingkas bangun dari kesilapan lalu. Akhir kalam, MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subahanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.


Kudos untuk kerajaan Selangor kerana berjaya menarik penonton hampir 70ribu rakyat nya hadir ke sambutan tahun baru 2012. Allahu Akbar. Moga dakwah terus berkembang dan diterima cemerlang.

No comments: