Friday, February 21, 2014

Sepi menanti saat kemenangan itu..dan aku mula



Apa yang mampu saya sumbangkan kepada saudara di Syria, Rohingya dan ramai lagi.. Soalan yang menyebabkan saya menyepi dari ambil peduli tentang kekalutan yang berlaku di Negara-negara terpilih itu. Bukan sepi kerana apa, sepi kerana tidak sanggup nak tunggu jatuhnya kerajaan zalim terhadap rakyatnya. Insya Allah, saya bangkit, saya bangkit untuk perbanyakkan doa dan bantu apa yang patut kepada mereka. Maafkan aku saudaraku, jika aku yang tidak mengalaminya pun rasa lemah dan letih apatahlah lagi kamu di sana. Allahumma suril islam wal muslimin wal mujahidin fi falastin, fi syria, fi rohingya fi kulli makan wa fi kulli zaman.

No comments: