Peringatan untuk diriku yang selalu alpa dan rasa putus-asa. Juga tidak ketinggalan untuk sahabat-sahabat yang berhadapan dengan situasi yang sama. Kisah ini ku terjemahkan dan diolah dari buku teks bahasa arab supaya agar dapat dikongsi bersama.
Kisah Panglima dan sekumpulan semutPada suatu hari, seorang panglima dan tentera-tenteranya telah bertempur bermati-matian memerangi musuh mereka. Pertempuran yang sengit itu telah mengakibatkan ramai askar-askar terkorban di kalangan mereka. Setelah beberapa jam pertempuran berlaku, angka korban di kalangan naik mendadak. Si panglima bimbang akan kedudukan pihaknya yang semakin lemah dan kini keyakinannya untuk menunggu bantuan pasukan lain semakin pudar. Maka di arahkan askar-askarnya supaya mendaki bukit dan menuju ke markaz mereka yang berdekatan dengan harapan dapat menangkis dari diserang.
Di suatu sudut, si panglima duduk termenung dan mula timbul perasaan putus-asa. Dia sedar sayap tenteranya telah dipatahkan oleh pihak musuh dan kini dia sedang berhadapan dengan masaalah yang sangat besar dan terpaksa membuat keputusan muktamad sama ada berundur atau menyerah diri. Matanya mula merayau-raya melihat kawasan di sekelilingnya. Namun pandangannya terhenti takala melihat sekumpulan semut yang sedang bersusah-payah menolak butiran-butiran gandum. Kumpulan semut itu kemudiannya berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil lalu mengguling-gulingkan butiran gandum tersebut supaya mudah diangkat bersama-sama. Perbuatan itu dilakukan berulang kali tanpa putus-asa dan si panglima terus memerhatikan dengan penuh perasaan takjub. Disangkanya bahawa kumpulan semut itu sudah tentu akan berputus-asa dan pasti akan berhenti akhirnya.
Walaubagaimanapun, jangkaannya meleset sama sekali. Kumpulan semut itu terus-menerus mengulangi perbuatan mereka tanpa menujukkan rasa putus-asa atau menyerah kalah sehinggalah berjaya mengangkut kesemua butiran-butiran gandum tersebut. Alangkah terkejutnya si panglima melihat gelagat kumpulan semut tersebut dan timbul rasa kesal pada dirinya kerana terlalu mudah mengalah dan putus-asa tidak seperti kumpulan semut tersebut. Apa yang disaksikannya adalah suatu iktibar yang sangat besar dan berguna.
Si panglima segera menghapuskan rasa putus-asa dan mengembalikan semangat juang yang telah hilang seketika. Dia bertekad meneruskan perjuangan memerangi musuhnya dan dengan bingkas si panglima bangun dan berucap dengan kata-kata yang penuh semangat. ”Demi Allah aku telah melihat bagaimana sekumpulan semut yang bersusah-payah berusaha tanpa henti untuk mencapai hajatnya walhal ia adalah makhluk serangga yang halus lagi lemah pada zahirnya. Sesungguhnya, semangat tekad kumpulan semut yang tidak mengenal erti putus asa membuahkan hasil akhirnya. Aku menyeru agar kita semua bangkit dari perasaan lemah dan putus asa dan bersatu meneruskan perjuangan memerangi musuh sehinggalah tercapainya kemenangan dan kemerdekaan untuk tanahair kita yang tercinta.”
Maka di arahkan askar-askarnya supaya bersiap-siaga dan bagaikan kilat menyambar, mereka menyerang kembali musuh-musuh mereka sehinggalah kesemuanya berjaya diusir keluar. Akhirnya kemenangan menjadi milik mutlak mereka dan tercapailah sebuah kemerdekaan untuk negara yang tercinta.
Kesimpulan
Adakalanya Allah Ta’ala yang Maha Pengasih memberi petunjuk jalan keluar kepada hamba-hambaNya yang sentiasa berdoa atas kebutuhan yang mencengkam jiwa dan petunjuk itu bukan hanya ditunjukkan melalui teladan manusia bahkan seluruh alam semesta. Ucaplah Subhanallah!

No comments:
Post a Comment