Sunday, September 15, 2013

Apabila kita memaknai maksud Usaha Tangga Kejayaan



Pepatah Melayu menyebut “Usaha tangga Kejayaan”. Pepatah ini benar kerana kehidupan memerlukan usaha dan kerja keras. Bayi kecil memerlukan usaha untuk merangkak, kita memerlukan usaha untuk makan, pelajar perlu usaha untuk lulus cemerlang dan sebagainya. Tapi adakah hanya usaha saja memainkan faktor penting kepada sebuah kejayaan?. Bagaimana jika kita hanya berusaha tanpa cara yang betul dan paling kasihan jika kita tersilap langkah dan tanpa kita sedari kita mengulanginya. Tapi berapa ramaikah di antara kita yang tidak menyedari bahawa kita telah melakukan kesalahan yang berulang-ulang? Akhirnya proses berusaha dan bekerja kuat itu menjadikan kita lemah dan lelah sehingga ada yang berhenti dari berusaha. 

Rasulullah SAW berpesan dalam hadith baginda “Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”

Kini, saya sedari, usaha dan kerja keras sebenar harus dipandu dengan keinginan yang tinggi, diiringi dengan keikhlasan dan kebahagian sehinggakan kita merasa tiada istilah “penat-lelah” dengan apa yang kita kerjakan. Usaha di sini bukan hanya bermaksud usaha dari segi fizikal dan mental sahaja tapi lebih dari itu. Rupanya ia harus diiringi dengan DOA. Seorang jutawan komputer terkenal pernah berkata “Apabila anda menyukai apa yang anda lakukan, anda akan lakukannya bersungguh-sungguh sehingga anda tidak ingat waktu makan anda”. Adakah kita benar-benar menyukai apa yang kita lakukan? Adakah kita benar-benar melakukan sesuatu pekerjaan dari hati yang terdalam? Pernahkah anda membayangkan visi dan misi hasil dari pekerjaan anda?. Di sini saya belajar menemui dengan kehidupan yang berkelimpahan. Apa maksud hidup berkelimpahan? Temuilah diri anda sebenar dengan seminar coaching   http://www.beautifullifecoaching.net/.

No comments: