Wednesday, September 11, 2013

Pernahkah terfikir ...


[71]Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
[72]Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
[73]Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
Surah Yasin:71-73.

Pernahkah di antara kita rasa sangat bersyukur kerana kita ada kemudahan kenderaan untuk ke mana-mana dan tak kisahlah bas ke, kereta ke, motor, keretapi ke, kereta lembu ke... Bila saya membaca terjemahan ayat di atas, saya teringat betapa banyaknya yang perlu saya syukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia dengan nikmat kenderaan. Ia juga mengingatkan saya betapa ramai juga yang saya perlu ucapkan terima kasih tidak terhingga kerana memberi sumbangan dengan memudahkan pergerakan setiap insan untuk sampai ke destinasi yang diingini. Bermula dari orang mereka-cipta, beli bahan kenderaan, pasang komponen, bahagian cat, bahagian kualiti, bahagian penghantaran, bahagian jualan, bahagian cukai kenderaan, bahagian mencuci jalan, bahagian penyelenggaraan jalan, car wash, stesen minyak, bengkel, bahagian tol dan ramai lagi yang tak tersebut di sini. Sememangnya kehadiran kalian membantu memudahkan setiap insan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian dan lagi panjang rantaian sumbangan kita di dunia ini, lagi berganda pelaburan kita di sisi Allah. Apa yang penting ialah keikhlasan dalam menyumbang tenaga. Terima kasih ya Allah, terima kasih kerana mengizinkan kehadiran mereka memenuhi keperluan saya dan anda semua. 
Sekadar Hiasan

No comments: