Tuesday, September 10, 2013

Mengapa tidak mencuba makan di gerai yang kurang/tiada orang?

Menonton rancangan menu alam sebentar tadi mengingatkan saya kepada perniagaan nasi tomato ayah. Ketika itu saya masih di sekolah rendah dan itulah hari pertama ayah cuba-cuba berniaga nasi tomato di hadapan UiTM, Shah Alam. Ramai pelajar yang pulang dari kelas malam melalui gerai kami mencari ilham menu untuk mengisi perut. Namun, dari bilangan yang ramai itu hanya dua orang saja yang sudi membeli sedangkan masakan ayah memang sedap!. Ketika mengemas gerai dan melihat lebihan nasi tomato yang tidak laku, saya melihat wajah ayah tenang dan saya mungkin tidak faham perasaan ayah ketika itu. Tapi rententan dari peristiwa itu, saya senang memilih untuk makan di kedai makan yang kurang atau tiada orang dari tempat yang penuh sesak. Meskipun ada di antara teman yang skeptikal kerana mungkin tak sedap, tapi niat saya hanya untuk membantu. Pernah juga dapat gerai yang memang tak sedap tapi sekurang-kurangnya saya sudah membantu lagipun takdelah sampai rugi tahap ribu-riban dan  rasanya it is wise to share our feedback if we really want to help the owner to improve their business. Rezeki kan ke dari Tuhan dan kalau tak sedap pun dari Tuhan juga. Inilah masanya untuk kita bermuhasabah diri untuk ingatkan kita bahawa duit kita ni pinjaman dariNya semata.  

Allah berfirman dalam surah Saba':Ayat 24: 
"Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah.
Sekadar Hiasan

No comments: