Friday, February 21, 2014

Setiap dari kita ada peranannya



Setiap kita ada peranannya di muka bumi ini. Seperti kumbang ini, ia sangat membantu ekosistem tanaman. Sedangkan sekecil-kecil makhluk pun ada sumbangannya apatah lagi makhluk yang dimuliakan Allah lebih dari makluk-makhluk yang lain, sudah tentu besar peranannya. Thank you Allah for this life. 

Sepi menanti saat kemenangan itu..dan aku mula



Apa yang mampu saya sumbangkan kepada saudara di Syria, Rohingya dan ramai lagi.. Soalan yang menyebabkan saya menyepi dari ambil peduli tentang kekalutan yang berlaku di Negara-negara terpilih itu. Bukan sepi kerana apa, sepi kerana tidak sanggup nak tunggu jatuhnya kerajaan zalim terhadap rakyatnya. Insya Allah, saya bangkit, saya bangkit untuk perbanyakkan doa dan bantu apa yang patut kepada mereka. Maafkan aku saudaraku, jika aku yang tidak mengalaminya pun rasa lemah dan letih apatahlah lagi kamu di sana. Allahumma suril islam wal muslimin wal mujahidin fi falastin, fi syria, fi rohingya fi kulli makan wa fi kulli zaman.

Di saat mula turunnya hujan..



Alhamdulillah, rasa syukur dan terima kasih kepada Maha Pencipta bila hujan turun di kala ramai yang mungkin kerisauan dek kerana musim yang panas dan kemarau ini. Sebagai ‘petani’ baru, saya mula memahami erti menanti detik turunnya hujan kerana sebelum ini saya kurang peka moment itu kerana kurang kaitan dengan kerjaya sebelum ini. Terima kasih ya Allah kerana Engkau menurunkan hujan kepada kami.

Wednesday, December 11, 2013

Prepare Your Lunch Box Every Day?

I like to bring my own meal to work as I believe it wills not only economic savings but it's healthier and cleanliness guarantee. Now, people always think that to bring your own meal means you have to get up early and get yourself in a mess especially you only have little time to fix yourself to work. Well, I also face the same situation like you too. But think of something that you like to do so much. Will you do it? It's a same situation with me here and because I like to do it so much, I don't mind to get up early and get my self in a mess because I know it will satisfy me. So, for those who like to do something you like to do, don't wait just start do it. Of course, you will face some challenges or consequence like in my case here, I could probably can't have full make-up of the day or maybe you have to do a lot of rushing jobs in morning or even you have to leave your kitchen a bit mess but hey, every action we do, we have 'opportunity cost'. 

The important thing for me here, is, you enjoy of what you're doing. I admit that every time I've done with my cooking, I feel satisfied especially when looking at people eating my foods happily. What's more :)? You can't expect everything to be perfect though.  Yeah, of course, there are times that people complaining about my cooking but hey, who cares, I can improve it next time. Just take it easy and turn it to be a motivation instead of feeling hurts.

Heavy or Light Meal?

I don't cook heavy meal every day especially during working days but once a while I would like to have it as my menu so I don't mind to have some hard time (but not so hard anyway) to cook it. You can act wisely by planning on your meal for a week and prepare them in advance before cooking time. Hey, it is quite helpful! If there's a will there is way. It is just you who can make the difference whether to think it easy or hard. 

Here is one of my lunch box menus of the week. A traditional Malay food called Nasi Tomato (tomato rice), Kuah Kari Ayam (curry chicken gravy), Ayam Masak Merah (Chicken in chili gravy) & Jelatah (Cucumber & pineapple salad). I guess it is consider hard to prepare but I choose the easier steps as I have planned the preparation and of course my mood too!

Banana Chocolate cake + Vanilla Ice Cream

If you have a leftover cake and don't know what to do since you feeling tired of eating it. Maybe ice-cream cake is something you can try on. Add ice cream on top of the cake and store it in the fridge. It can be your stocks-ready-to-eat for tea time when you need it.

Frozen Doughnut

To My Frozen Doughnuts.

I wasn't really successful when the first time I tried making the doughnut so I try it again and it's look better this time but it just that the size look bigger and fat as I'm not quite sure what is the thickness should I use when rolling the dough. Never mind. I still can try but taste is not bad!. Like 'em very much! Till then!

Frozen Doughnut


Cooking is My Passion

Assalamualaikum & Hi to All,

It's been a while I have not update my blog and now I'm back to write more, Insya Allah. Cooking is one of my hobby and I could spend hours in kitchen to try something new (and of course, accompanied with MP3 and my notebook).  I enjoy sharing my cooks with my family and friends and I love to see them enjoy my foods. What's more :)

Famous Amos cookies is one of my favorite cookies as I like the way it looks tempting, crunchy, lot of  peanuts and hurm.. the aroma too. But I like to try on my own as well so I look for the recipe and walla.. I found it :) ..and made them (as picture below). 

Chocolate Cookies
One of the useful tips given in the recipe is to store your dough for three days in the fridge before you bake it so that the mixture of the dough will be combined well. 

 

Sunday, September 15, 2013

Apabila kita memaknai maksud Usaha Tangga Kejayaan



Pepatah Melayu menyebut “Usaha tangga Kejayaan”. Pepatah ini benar kerana kehidupan memerlukan usaha dan kerja keras. Bayi kecil memerlukan usaha untuk merangkak, kita memerlukan usaha untuk makan, pelajar perlu usaha untuk lulus cemerlang dan sebagainya. Tapi adakah hanya usaha saja memainkan faktor penting kepada sebuah kejayaan?. Bagaimana jika kita hanya berusaha tanpa cara yang betul dan paling kasihan jika kita tersilap langkah dan tanpa kita sedari kita mengulanginya. Tapi berapa ramaikah di antara kita yang tidak menyedari bahawa kita telah melakukan kesalahan yang berulang-ulang? Akhirnya proses berusaha dan bekerja kuat itu menjadikan kita lemah dan lelah sehingga ada yang berhenti dari berusaha. 

Rasulullah SAW berpesan dalam hadith baginda “Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.”

Kini, saya sedari, usaha dan kerja keras sebenar harus dipandu dengan keinginan yang tinggi, diiringi dengan keikhlasan dan kebahagian sehinggakan kita merasa tiada istilah “penat-lelah” dengan apa yang kita kerjakan. Usaha di sini bukan hanya bermaksud usaha dari segi fizikal dan mental sahaja tapi lebih dari itu. Rupanya ia harus diiringi dengan DOA. Seorang jutawan komputer terkenal pernah berkata “Apabila anda menyukai apa yang anda lakukan, anda akan lakukannya bersungguh-sungguh sehingga anda tidak ingat waktu makan anda”. Adakah kita benar-benar menyukai apa yang kita lakukan? Adakah kita benar-benar melakukan sesuatu pekerjaan dari hati yang terdalam? Pernahkah anda membayangkan visi dan misi hasil dari pekerjaan anda?. Di sini saya belajar menemui dengan kehidupan yang berkelimpahan. Apa maksud hidup berkelimpahan? Temuilah diri anda sebenar dengan seminar coaching   http://www.beautifullifecoaching.net/.

Wednesday, September 11, 2013

Pernahkah terfikir ...


[71]Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?
[72]Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.
[73]Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?
Surah Yasin:71-73.

Pernahkah di antara kita rasa sangat bersyukur kerana kita ada kemudahan kenderaan untuk ke mana-mana dan tak kisahlah bas ke, kereta ke, motor, keretapi ke, kereta lembu ke... Bila saya membaca terjemahan ayat di atas, saya teringat betapa banyaknya yang perlu saya syukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia dengan nikmat kenderaan. Ia juga mengingatkan saya betapa ramai juga yang saya perlu ucapkan terima kasih tidak terhingga kerana memberi sumbangan dengan memudahkan pergerakan setiap insan untuk sampai ke destinasi yang diingini. Bermula dari orang mereka-cipta, beli bahan kenderaan, pasang komponen, bahagian cat, bahagian kualiti, bahagian penghantaran, bahagian jualan, bahagian cukai kenderaan, bahagian mencuci jalan, bahagian penyelenggaraan jalan, car wash, stesen minyak, bengkel, bahagian tol dan ramai lagi yang tak tersebut di sini. Sememangnya kehadiran kalian membantu memudahkan setiap insan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian dan lagi panjang rantaian sumbangan kita di dunia ini, lagi berganda pelaburan kita di sisi Allah. Apa yang penting ialah keikhlasan dalam menyumbang tenaga. Terima kasih ya Allah, terima kasih kerana mengizinkan kehadiran mereka memenuhi keperluan saya dan anda semua. 
Sekadar Hiasan

Tuesday, September 10, 2013

Mengapa tidak mencuba makan di gerai yang kurang/tiada orang?

Menonton rancangan menu alam sebentar tadi mengingatkan saya kepada perniagaan nasi tomato ayah. Ketika itu saya masih di sekolah rendah dan itulah hari pertama ayah cuba-cuba berniaga nasi tomato di hadapan UiTM, Shah Alam. Ramai pelajar yang pulang dari kelas malam melalui gerai kami mencari ilham menu untuk mengisi perut. Namun, dari bilangan yang ramai itu hanya dua orang saja yang sudi membeli sedangkan masakan ayah memang sedap!. Ketika mengemas gerai dan melihat lebihan nasi tomato yang tidak laku, saya melihat wajah ayah tenang dan saya mungkin tidak faham perasaan ayah ketika itu. Tapi rententan dari peristiwa itu, saya senang memilih untuk makan di kedai makan yang kurang atau tiada orang dari tempat yang penuh sesak. Meskipun ada di antara teman yang skeptikal kerana mungkin tak sedap, tapi niat saya hanya untuk membantu. Pernah juga dapat gerai yang memang tak sedap tapi sekurang-kurangnya saya sudah membantu lagipun takdelah sampai rugi tahap ribu-riban dan  rasanya it is wise to share our feedback if we really want to help the owner to improve their business. Rezeki kan ke dari Tuhan dan kalau tak sedap pun dari Tuhan juga. Inilah masanya untuk kita bermuhasabah diri untuk ingatkan kita bahawa duit kita ni pinjaman dariNya semata.  

Allah berfirman dalam surah Saba':Ayat 24: 
"Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?” Terangkanlah jawabnya: “Ialah Allah.
Sekadar Hiasan

Sunday, September 08, 2013

Duhai Jari Kelingking

Pernah terfikir tentang fungsi jari kelingking anda? Cuba fikir apa fungsinya berbanding jari lain? Ceh...jangan nak jawap yang tak senonoh. Entri kali ni, bukannya nak suruh kaji apa kelebihan/kekurangan jari kelingking. Tapi saya nak mengajak diri saya dan para pembaca untuk mengambil sedikit masa merenungi kaitan nasib jari kelingking dengan kehidupan kita seharian.



Kita dikelilingi pelbagai rupa dan ragam insan setiap hari, ada yang sangat penting bagi diri kita dan ada pula yang sederhana pentingnya dan ada pula yang kurang penting. Bagi insan yang dianggap penting, kita pasti akan menyayanginya, menghargainya dengan cuba memenuhi segala keperluannya dan kalau boleh sentiasa memastikan dirinya bahagia bersama kita.

Tapi bagaimana orang yang kurang penting? Bayangkan orang yang hadir hanya sebentar sahaja seperti seorang tukang sapu, tukang isi petrol, tea lady, tukang cuci kereta, orang gaji, pengutip sampah, pekerja kontrak binaan, Pak Guard, tukang kutip tol, cashier, jaga Toilet dan ramai lagi. Pernahkah kita mengambil berat tentang mereka. Ada yang tidak perasan kewujudan mereka bahkan paling kasihan kalau ada pula yang memarahi dan menengking mereka ini dengan cara yang paling kasar dan hina. Baru ini aku menyaksikan seorang kerani dimarahi teruk oleh bosnya. Bukan besar manapun kesalahannya dan tidaklah rasanya sampai bosnya tu kena pecat tapi cara dimarahi itu memalukan kerani tersebut.

Kes kedua, seorang penyambut tetamu di sebuah syarikat telekomunikasi dimarahi oleh seorang pelanggan di khalayak ramai kerana dikatakan tidak memberi penerangan jelas kepadanya. Astaghfirullahal Azim.

Pernah melihat situasi ini? Sebenarnya saya sendiri pernah kena. Masa tu bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan dan ketika sedang sibuk menjalankan tugas untuk memeriksa tiket bayaran, saya dimarahi di hadapan isteri dan anaknya kerana tidak menjalankan tugas dengan betul. Itulah kali pertama saya melihat keluarga tersebut dan mana tahu itu juga kali terakhir saya melihat mereka.

Meskipun hanya "Jari Kelingking"

Insan-insan yang pernah singgah sebentar dalam hidup kita sebenarnya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Mereka adalah insan-insan terpilih yang membantu proses kematangan hidup kita meskipun kadar masa yang sebentar saja. Merekalah yang bakal memberikan kita tambahan pahala atau dosa. Mereka melengkapi hidup kita. Bayangkan jika tiada mereka, siapa nak jadi orang gaji, siapa nak jadi pak guard dan siapa nak jaga kebersihan toilet, siapa nak jadi cashier, siapa nak jadi kerani, siapa nak jadi penyambut tetamu. Bukankah kehadiran mereka ini telah memudahkan hidup kita?.

Sebagaimana mereka, jari kelingking, meskipun, tampak kecil tapi fungsinya melengkapi fungsi jari-jemari sebagai tangan, lengan dan seterusnya satu badan. Walaupun ada di antara kita yang tidak berniat 'mencederakan' jari kelingking kita sendiri tetapi di akhir-akhir ini aku melihat fenomena merendah-rendahkan maruah golongan jari kelingking ini semakin meningkat.

Bayangkan jika tercederalah jari kelingking tersebut ataupun paling teruk terputus jari tersebut (Na 'uzubillah), adakah kita rasa cacat-cela? Oleh yang demikian, Jangan memandang rendah kepada kewujudan jari kelingking kerana ia adalah sebahagian diri kita. Sesekali, renunglah jari-jemari anda dan kaitkan dengan kehidupan kita.

 “Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga diri”


Surah Luqman 31:18




Friday, September 06, 2013

"What Can I Do"

"What Can I Do"

I haven't slept at all in days
It's been so long since we've talked
And I have been here many times
I just don't know what I'm doing wrong

What can I do to make you love me
What can I do to make you care
What can I say to make you feel this
What can I do to get you there

There's only so much I can take
And I just got to let it go
And who knows I might feel better, yeah
If I don't try and I don't hope

What can I do to make you love me
What can I do to make you care
What can I say to make you feel this
What can I do to get you there

No more waiting, no more, aching...
No more fighting, no more, trying...

Maybe there's nothing more to say
And in a funny way I'm calm
Because the power is not mine
I'm just going to let it fly

What can I do to make you love me
(What can I do to make you love me)
What can I do to make you care
(What can I do to make you care)
What can I say to make you feel this
(What can I do to make you love me)
What can I do to get you there
(What can I do to make you care)
What can I do to make you love me
(What can I do to make you love me)
What can I do to make you care
(What can I do to make you care)
What can I change to make you feel this
(What can I do to make you love me)
What can I do to get you there
(What can I do to make you care)

And love me... love me...

Lagu ini mengingatkan aku kepada seseorang; UN. Lagu ni bukan jiwang ok! Tapi liriknya memberi inspirasi bahawa kehidupan ini wajib ada UP and DOWN. Hari ini kita rasa disayangi tapi mungkin esok lusa tidak lagi. Sama ada, kita yang berubah atau dia yang berubah, life needs to go on and it is me to choose the hard or easy way. Hard and easy way di sini, aku maksudkan ialah sama ada kita meneruskan kehidupan ini dengan tekanan dan kesedihan atau kita pilih untuk switch OFF kan penderitaan dan kita ON kan kesyukuran dan kebahagiaan walau di saat situasi kita dalam kesulitan.


Aku pernah melihat seseorang pengutip sampah di Negara luar begitu ceria dan bahagia sedangkan dia seorang wanita pengutip sampah. Wanita itu memandikan anaknya yang masih kecil (sekitar umur 2-3 tahun) di kawasan lopak air lecah di tepi jalan dan bayangkan warna air lecah itu sama pekat dengan warna teh tarik kita. Aku pun tak sanggup nak pijak. Tapi, yang menariknya, anak kecilnya tetap seronok bermain air itu dan paling menakjubkan kulit budak itu licin tiada kudis atau nanah kelihatan. Aku menjadi sangat hairan. 

Sekadar hiasan
Kini aku faham dan yakin kenapa anak beranak itu tidak mempunyai sakit kulit sedangkan mereka bermandi air yang aku kira kotor dengan pakaian yang compang-camping. Mereka redha dengan kehidupan mereka, mereka memaknai setiap momen dan mereka hidup dalam keberlimpahan walaupun serba kekurangan! Tentunya dalam diri mereka tertanam nilai-nilai sehingga terhasilnya energi positif ke zahir mereka yang aku percaya dari segi perubatan dipanggil sebagai sistem pertahanan badan yang juga disebutkan sebagai imunisasi. Jadi, apalah sangat kepayahan yang aku alami ni berbanding wanita yang berkerjaya ibu dan pengutip sampah.

Meskipun pun aku tidak berjaya menambat hatinya dan meskipun pada awalnya aku terhambat dengan kekecewaan dan kemarahan, namun akhirnya, Alhamdulillah, akhirnya aku mengerti mengapa ia harus berlaku. Terima kasih Allah, dan terima kasih kepada dirinya kerana pernah menghiasi sejarah hidupku. Sesungguhnya pengalaman menyayangi dan mengambil berat seseorang mengajar aku untuk menjadi insan yang sebenar; bahawasanya hidupku adalah untuk meraih cinta hakiki dan memberi tanpa syarat. Amin.


“There's only so much I can take
And I just got to let it go”

Senjata canggih - zikir

Masih aku ingat perbualan aku dengan seorang jemaah t........... 
"Musuh Islam sedang mencipta senjata dan alat yang boleh mengesan dengan mudah identiti dan lokasi setiap orang Islam. Ketika itu umat tidak ada senjata lain selain dari berperang dengan zikir." Katanya dengan semangat dan konfiden. 
“Sejak dari perang Badar lagi, sekumpulan sahabat telah diasingkan dari berperang dan kerja mereka ini hanya berzikir sahaja dan inilah rahsia yang ramai tak tahu perlunya ada kumpulan berzikir dalam sebuah peperangan untuk membantu kemenangan Islam”.


Seriously, aku tak pasti adakah benar wujudnya kumpulan zikir tersebut dan setakat aku tanya seorang ustaz di sini, kumpulan zikir tu tidak pernah dibaca atau didengari dari pengetahuannya. Apapun, aku terpikir dan hairan dengan apa yang dikatakan melawan musuh dengan hanya duduk berzikir. Nabi sendiri pun pergi perang sampai dapat kecedaraan yang teruk. So, secara logiknya, kenapa Nabi Muhammad SAW tidak memilih untuk duduk berzikir jer dari guna fizikal. Bukankah baginda seorang nabi yang perlu dilindungi keselamatannya. Kenapa sejarah ulama di bumi Sham, Iraq, Turki, Mesir dan ramai lagi tidak memilih untuk duduk berzikir sahaja sedangkan mereka layak dilindungi? 


Aku pun mula berangan memikirkan keadaan kumpulan yang berzikir itu. Adakah sama seperti Ultraman Taro melawan raksasa angkasa seperti gambar di bawah. Tanpa menggunakan kekuatan fizikal, Ultraman bertafakur sebentar dan kemudian mengeluarkan energi solar dari tubuhnya lalu menembak sang raksasa. Hebat kot…. Kui kui kui




Kenapalah tidak diambil saja pendekatan dengan membayangkan suatu hari nanti Umat Islam akan terus ke depan mencipta pelbagai jenis senjata canggih dan luar biasa. Bayangkan bagaimana keadaan orang Islam yang penuh kreatif dan inovasi itu dilakukan dari hati yang ikhlas dan bibir yang sentiasa basah berzikir nama Tuhannya. Dalam erti kata lain, otak dan tangan tetap bekerja sebagaimana hati tetap ikhlas mengingati Maha Pencipta. 

Aku tidak menafikan kepentingan berzikir tapi aku juga yakin yang kita juga perlu berusaha dan usaha itu perlu datang dari hati yang bersih dan ikhlas. Di sinilah lahirnya output yang luar biasa sebagaimana yang kita lihat di zaman kegemilangan Islam dulu pun telah membuktikannya. Sebut sahaja Ibn Sina, Ibn Jauzi, al-Khawarizmi dan ramai lagi. Adakah mereka berzikir semata? Katalah mereka mengamalkan zikir sahaja tanpa usaha, bagaimana pula dengan ciptaan mereka menghasilkan penawar penyakit dan alatan bedah serta teori matematik yang masih diamalkan sehingga kini. Allahu A’lam bisawab. 


Bagi aku, doa yang berterusan, usaha yang berlandaskan keikhlasan dan memaknai hukum tawakkal adalah tiga perkara yang dinilai oleh Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya dalam surah At Taubah ayat 105 yang bermaksud :

 Dan katakanlah wahai Muhammad “ Hendaklah kamu semua berusaha (beramal ) kerana Allah akan melihat dan menilai apa yang kamu usahakan .”


Kesimpulan yang boleh diambil dari coretan ini ialah, kita perlukan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan. Zikir adalah dalam kelompok doa dan ia memang penting dan tidak boleh ditinggalkan tapi ianya harus diiring dengan usaha dan tawakkal. Bayangkan jika kita lapar, lepastu kita berzikir jer tanpa ada usaha nak cari nasi, mee atau roti. Adakah sampai makanan tu kat mulut kita kalau bukan kita yang perlu mencarinya dan menyuapkannya ke dalam mulut kita lalu terjadilah proses penghadaman sehingga menjadi darah dan daging. Bukankah di situ ada watak USAHA? Jadi, bolehkah kita hanya berzikir sahaja? Allahu A’lam bisawab.